indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

RAMAI MANGSA TERTIMBUS HIDUP-HIDUP

Sekurang-kurangnya 15 keluarga dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan selepas tempat mereka berlindung runtuh dibom tentera regim Bashaar al Assad dan sekutunya di Kem Yarmouk, selatan Damsyik.

Menurut sumber Syria Care, orang ramai yang terselamat cuba menggeluarkan mangsa sejurus selepas serangan reda, tetapi ia amat terbatas.

Penduduk kawasan itu menggunakan segala kudrat untuk menggeluarkan ramai lagi orang awam yang tertimbus kerana tiada pasukan penyelamat yang beroperasi kerana kawasan berkenaan masih dikuasai kumpulan penentang IS.

Pada malam 25 April lalu, seorang wanita bersama bayinya berjaya dikeluarkan namun nasib anggota keluarganya yang lain tidak diketahui kerana masih tertimbus.

Di Al Jaunieah, lima kanak-kanak dilapor masih tertimbus dan setakat ini, hanya seorang wanita dikeluarkan.

Regim dilaporkan menggugurkan bom vakum yang boleh menyebabkan bangunan runtuh secara keseluruhan.

“Empat bangunan telah dijadikan sasaran dengan bom vakum yang menyebabkan ia runtuh sepenuhnya. Orang ramai cuba menyelamat mereka yang terperangkap di bawah runtuhan. Mereka mendengar suara mangsa yang cedera sehingga jam 2 pagi (waktu tempatan). Bila pengeboman disambung semula, suara mereka tidak lagi kedengaran dan orang ramai gagal mengesan dan menyelamat mereka,” kata sumber kepada wakil Syria Care.

Sejak lebih lapan hari lau, Kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin, digempur dari udara dan darat oleh tentera regim Bashar dan sekutunya, dalam usaha menawan kawasan berkenaan dari IS.

Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menganggarkan 12,000 pelarian Palestin sedang terperangkap di dalam kem Yarmouk dan kawasan sekitarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *