indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

36 MAUT DI KEM YARMOUK

Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) melaporkan sekurang-kurangnya 36 maut sejak regim Bashar al Assad dan konco-konconya melancarkan serangan besar-besaran ke atas Kem Yarmouk pada 19 April lalu.
 
Jumaat lalu mencatatkan angka kematian tertinggi di mana sekurang-kurangnya 19 telah terbunuh.
 
17 daripada mangsa terdiri daripada orang awam termasuk tujuh kanak-kanak.
 
Menurut SOHR mereka terbunuh akibat askan bertubi-tubi tentera regim dan sekutunya ke atas Kem Yarmouk dan Hajar al Aswad yang dikuasai kumpulan IS sejak 2015.
 
“Ia hari kiamat, semua musnah.
 
“Situasinya amat tragik,” kata penduduk Yalda Rami al Sayed kepada Middle East Eye.
 
Pengalaman yang sama turut dikongsi Fatimah, ibu muda Syria yang berusia 20 tahun melalui perbualan telefon kepada Reuters.
 
“Kami telah hidup dengan kepungan, serangan dan kesengsaraan, tetapi kami tidak pernah lihat seperti ini.
 
“Serangan udara tanpa henti,”katanya.
 
Fatimah antara 5,000 pelarian yang melarikan diri ke Yalda sejak pertempuran tercetus minggu lalu.
 
“Mana-mana keluarga yang melarikan diri ke Yalda terpaksa tidur di atas jalan atau membuat khemah,” kata Jurucakap Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Chris Gunness dalam kenyataan.
 
Jelasnnya lagi keadaan bertambah buruk kerana pusat pemeriksaan ke Yalda telah ditutup kepada orang awam dan bantuan luar.
 
Gunness turut mengesahkan lebih 12,000 pelarian Palestin terperangkap di Yarmouk dan kawsan sekitarnya.
 
Angka sebenar korban akibat serangan ke atas Kem Yarmouk dan kawasan sekitarnya tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana faktor keselamatan, khususnya ancaman dari kumpulan IS dan serangan bertubi-tubi tentera regim Bashar dan sekutunya.
 
Ia menjadi risiko amat tinggi kepada pasukan mencari dan menyelamat menjalankan misi kemanusiaan mereka.
 
Situasi itu menyebabkan usaha mencari dan menyelamat mangsa begitu terhad dan bergantung kepada penduduk setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *