KSR DI SRA PANDAMARAN JAYA

Syria Care mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Sekolah Rendah Agama(SRA) Pandamaran Jaya di atas kesudian menjemput warga kerja Syria Care bagi menjayakan Kempen Satu Ringgit (KSR) pada 3 Mei 2018.

Kami berpeluang berkongsi kepada pelajar SRA Pandamaran Jaya tentang situasi sebenar di Syria yang ketika ini masih lagi dilanda kemelut peperangan meskipun setelah tujuh tahun berlalu sehinggakan mereka kehilangan segala-galanya.

Tujuan utama kempen ini dijalankan adalah sebagai salah satu medium penyampaian maklumat khususnya kepada pelajar seawal umur lima tahun di tadika sehingga tingkatan lima agar mereka cakna terhadap isu kemanusiaan yang berlaku di Syria.

Selain itu, sesi perkongsian dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi pelajar darjah satu hingga tiga manakala di sebelah petang pula melibatkan pelajar darjah empat hingga enam.

Kami turut menyeru agar sekolah lain dapat menyokong inisiatif ini dalam usaha menyantuni rakyat Syria terutamanya golongan kanak-kanak dan boleh menghubungi Cik Zana di talian, +601111362567 untuk maklumat lanjut.

[huge_it_slider id=”174″]

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *