SUMBANGAN SMKPJ BUAT RAKYAT SYRIA

Seramai 180 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandamaran Jaya(SMKPJ) menyalurkan sumbangan kecil buat rakyat Syria selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Azhar Hilmi melalui Kempen Satu Ringgit (KSR) pada 4 Mei 2018.

“Pada mulanya saya tidak begitu faham isu kesengsaraan rakyat Syria, tetapi selepas menonton video yang ditayangkan ia memberi kesan yang amat mendalam kepada diri saya, lantas saya dan rakan-rakan tampil menghulurkan sumbangan semampu yang boleh”, ujar Wina Maisarah Basri yang juga merupakan Pengawas Sekolah.

Tambahnya lagi, kempen ini wajar diteruskan kerana ianya memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk lebih peka terhadap isu kemanusiaan di Syria serta menjadi pedoman agar sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Syria Care turut menyeru pihak sekolah lain untuk mengadakan KSR dengan menghubungi Pengurus Projek Syria Care iaitu Cik Zana di talian, +601111362567 untuk maklumat lanjut.

[huge_it_slider id=”170″]

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *