PELARIAN SYRIA PARAH DITIKAM

Seorang pelarian Syria, Shahbaz Ali bertarung dengan maut selepas ditikam enam kali oleh penyerang di sebuah flat di Upper Gilmore Street, Edinburgh, Scotland.

Empat dari tusukan telah mengenai bahagian dada mangsa.

Menurut bapanya, dia mendengar suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita menjerit dalam insiden pada minggu lalu.

“Mengapa kau masih di sini, kenapa kau tidak balik ke negara asal?” katanya seperti yang dilapor The Scottish Sun.

Mangsa bersama keluarganya berhijrah ke Scotland sejak lebih lima tahun dan hidup dengan harmoni sebelum ini.

Susulan insiden yang berlaku, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu pelarian Syria, Positive Action in Housing and Unite Against Fascism telah melancarkan tabung kecemasan bagi membantu Shahbaz.

Ia kesal dan mengutuk atas kejadian itu.

Katanya kes serangan yang berlaku tidak mengejutkan kerana ucapan kebencian kepada pelarian, pendatang dan sesiapa sahaja yang kelihatan berbeza semakin berleluasa.

“Kami amat khuatir dan sensitif kerana kerajaan Britain setelah sekian lama mengembar-gemburkan perkauman dengaan agenda rusuhan kepada pelarian, pendatang dan sesiapa sahaja dari latar belakang pendatang malahan serangan ini bukan sahaja menakutkan tetapi ia juga merupakan satu bentuk keganasan,” katanya dalam kenyataan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *