MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 6.0: ZIARAH DAPUR & KILANG ROTI, KILIS

Susulan daripada kunjungan hormat pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 sebelumnya, Mufti Kilis, Turki iaitu Mahmut Karatepe berbesar hati untuk membawa rombongan ini melawat dapur dan kilang roti yang telah diusahakan.

Turut bersama rombongan adalah Sheikh Abdullah Rahhal dan anaknya saudara Hassan Rahhal dari NGO Muassasah Al-Ahbab, rakan kerjasama Syria Care di Idlib serta Dr. Husam al-Din al-Shami selaku wakil Syria Care di Turki.

Dalam pertemuan ini, Syria Care mengambil kesempatan untuk turut menyumbang bagi pembelian periuk dan alatan dapur yang boleh menyediakan makanan untuk manfaat hampir 50,000 orang pelarian Syria di kawasan ini.

Dana tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah hasil sumbangan anda semua selama ini.

Teruskan mengaut pahala dalam keberkatan bulan Ramadan ini dengan menyumbang seikhlas hati untuk rakyat Syria melalui Syria Care.

1. CIMB Islamic:8601894560

2. Maybank Islamic: 562106653575

3. RHB Islamic: 26225000021775

4. Affin Islamic: 105990040004

Sumbangan atas talian: https://www.syriacare.org.my/donate-2/ .

Hantar slip transaksi kepada Pegawai Kewangan 01128809820 dan nyatakan untuk (RAMADAN)

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”185″]

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *