indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Travelog MKSC 6.0 : Ziarah Dapur Ulfah

Pada hari pertama team Syria Care memasuki bumi Syria kami telah pergi menziarahi dapur yang diselenggara oleh NGO Ulfah Relief.
Setelah bertolak dari Kilis,Turki diiringi oleh 2 pegawai dari pejabat mufti Kilis kami tiba di sebuah bangunan yang sangat besar.Saya diberitahu oleh Dr. Husamuddin as-Saraqbi pegawai Syria Care di Turki yang dapur kami berada di dalam bangunan itu. Saya masih tertanya-tanya pada awalnya di kawasan manakah dapur kami?Rupa-rupanya bangunan itu merupakan sebuah pisat pengajian yang menempatkan lebih dari 300 orang pelajar.Tetapi sewaktu kami ke sana mereka sedang bercuti.
Bangunan maahad mereka sangatlah besar dan salah sebuah bilik di bahagian bawah dikhususkan untuk dapur rakyat kami.

Saya terus terharu dan sebak apabila sampai sahaja di hadapan pintu dapur tersebut kelihatan beberapa orang lelaki memakai vest dengan logo Syria Care sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan masakan.

Sebelum ini pihak Ulfah Relief beroperasi di Selatan Damsyik.Tetapi secara tiba-tiba mereka diberi pilihan samada memilih untuk tinggal dan menerima berbagai serangan seperti Timur Ghoutah atau mereka keluar dan ditempatkan di kawasan yang lain. Jadi walaupun masa yang diberi terlalu singkat para ulamak setempat membuat keputusan agar mereka keluar demi menyelamatkan nyawa dari terus menjadi mangsa.

Berpindah ke kawasan baru dalam dengan berbekalkan pakaian dan harta benda yang paling minima pasti menyukarkan.namun itu tidak memadamkan semangat mereka untuk meneruskan kerja-kerja kemanusiaan sesama mereka.Dapur ini diuruskan secepat mungkin dan dari hari pertama puasa tahun ini ia terus dapat memberi khidmat kepada lebih kurang 1,000 orang muhajirin dari Douma yang berpindah ke kawasan ini.

Ahli team sedaya upaya membantu kerja-kerja di dapur ini. Menyelami suasana proses menyiapkan hidangan iftar. Dan kami mengambil keputusan untuk menunggu nasi masak sepenuhnya.Kami teringin nak rasa apa yang dimakan oleh para penerima manfaat.

Alhamdulillah setelah siap semuanya dimasak dan dibungkus kami mengambil gambar dengan para petugas.Hajatnya nak langsung ke khemah pelarian kawasan agihan tetapi kami dihalang untuk ke sana atas faktor keselamatan.Kami terpaksa akur walaupun hati begitu meronta untuk pergi.

Cuaca di luar sangatlah panas.Dengan tempoh puasa selama 16 jam ianya sangat mencabar. Namun kami kuatkan semangat demi melaksanakan amanah rakyat Malaysia. Alhamdulillah sebagai permulaan sebanyak RM139,000.00 (35,000 USD) telah pun diserahkan kepada Ulfah Relief bagi menggerakkan dapur ini.

Semoga banyak lagi diperolehi agar kita dapat terus hidupkan dapur ini sehingga akhir Ramadan.

Malam itu kami ada majlis berbuka puasa bersama rakyat tempatan dan pelarian Syria di Kilis,Turki. Namun saya dan sahabat-sahabat saya makan sedikit sahaja.Kami balik ke tempat penginapan dan makan nasi yang telah dibawa pulang dari turkman bareh,Syria.Alhamdulillah bertemankan sambal belacan instant dan ikan bilis sambal,laju aje kami makan. tekak Melayu la katakan…

Ustazah Sakinah,
Turkman Bareh,Pinggiran Utara Aleppo Syria.
1 Ramadan 1439H
17 Mei 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *