Besarnya ujian Fatimah

 

Berstatus ibu tunggal, menjadi pelarian di negara orang dengan enam orang anak Orang Kurang Upaya (OKU) satu cabaran besar kerana hanya insan terpillih sahaja yang mampu tanggung.

Namun itulah dugaan yang terpaksa dihadaapi Fatimah, pelarian Syria yang kini berlindung di Kilis, Turki.

Kecuali Pengerusi Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki yang fasih berbahasa Arab, anggota Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 yang lain hanya memahami bebanan yang ditanggung dengan lerekan mata.

Tiada keluhan atau ratapan, kecuali sesekali air mata bergenang menceritakan kesusahan selama ini.

Anggota misi yang tiba di remang Maghrib disambut dengan penuh mesra di di tingkat dua, rumah yang disewa bersama ibunya yang berusia dalam lingkungan 70 an.

Di suatu sudut, semua anak-anaknya, disusun dengan teratur memenuhi ruang bilik di sebelah kanan dan dijaga dengan rapi. Daripada si tua yang berusia 30 tahun sehingga yang paling bongsu, 18 tahun, semuanya keliihatan tersusun rapi.

Ketika anggota misi menjengah masuk, tiada suara yang keluar, hanya kerdipan mata memerhatikan kehadiran kami.

Menurut Fatimah, anak-anaknya dilahirkan dalam keadaan normal. Tetapi apabila umur menginjak 10 tahun ke atas, akibat sejenis penyakit saraf, seorang demi seorang akan mengalami perubahan menjadikan mereka gagal bergerak dan bercakap dan kemudian terlantar.

Dalam usia 50 tahun, penjagaan enam orang anak yang sebegini bukan mudah. Kudrat si ibu semakin terhad.

Ceritanya kepada Siti Sakinah, jika tiga dulu dia dibantu suami, namun selepas kematiannya, tiga tahun lalu, Fatimah terpaksa bergantung kepada ehsan dan sumbangan orang ramai, termasuklah kos sewa rumah yang dihuni sekarang.

Meskipun ruang yang kecil, dia masih bernasib baik kerana masih ada tempat berlindung, tetapi tanpa sumber kewangan yang stabil, keadaan itu menjadi pertarungan besar yang menguji ketabahan dan imannya.

Bantuan kewangan dan keperluan barang dapur hasil sumbangan rakyat Malaysia, sedikit sebanyak membantu meringakan beban yang ditanggung. Dalam keadaan sebegitu, Fatimah memberi contoh pekerti yang tinggi.

Ketika rombongan misi ingin beredar kerana laungan azan berkumandang, dia tetap ingin meraikan kami meskipun dengan secangkir air kosong.

Fatimah, mewakili jutaan kisah pelarian Syria.

Konflik yang berlaku menyebabkan mereka memerlukan sumbangan daripada kita semua untuk kelangsungan hidup.

Kepada para penderma dan mereka yang prihatin, teruskan sumbangan anda bagi membantu pelarian Syria.

Sumbangan boleh dibuat di https://www.syriacare.org.my/donate-2/ dan juga melalui akaun berikut:

1. CIMB Islamic:8601894560
2. Maybank Islamic: 562106653575
3. RHB Islamic: 26225000021775
4. Affin Islamic: 105990040004

Razali Awang 
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *