Perang proksi di Daraa

Daraa yang menjadi lokasi permulaan penentangan rakyat Syria terhadap kepimpinan Presiden Bashar al Assad pada Mac 2011, akan diserang pada bila-bila masa.
Sejak empat hari lalu, pesawat tentera regim telah menggugurkan risalah bagi memberi amaran tindakan ketenteraan yang akan dilakukan selain meminta kumpulan penentang supaya meletak senjata.
“Tentera Syria akan datang, buat keputusan anda sebelum terlambat,” antara isi kandungan risalah berkenaan sebagaimana disiarkan laman sesawang media negara itu.
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), amaran berkenaan dibuat selepas tentera regim dan sekutunya mengukuhkan kedudukan mereka di situ itu.
Al Masdar News dalam laporannya berkata Briged Kesembilan Tentera Syria bersama Pengawal Republican Iran sedang bergerak dari Damsyik menuju ke kawasan yang turut bersempadan dengan Israel.
Daraa dan kawasan sekitar, khususnya Bukit Golan dianggap strategik dan menjadi titik pertelingkahan antara Tel Aviv dengan Iran.
Ia mendakwa, Tehran menempatkan tentera dan sekutunya di kawasan itu dan perbuatan berkenaan boleh mengancam gencatan senjata yang dibuat dengan Syria sejak lebih empat dekad lalu.
Amerika Syarikat dalam kenyataan kerasnya telah memberi amaran akan bertindak bagi melindungi kepentingan Israel.
Kehadiran Iran di situ juga menimbulkan rasa kurang senang Rusia, yang juga sekutu kuat Syria.
Menteri luarnya, Sergey Lavrov menegaskan hanya tentera regim Bashar al Assad perlu berada di situ, bukannya Iran dan konco-konconya.
Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *