indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Indahnya Ramadan…tetapi tidak di Syria

Sejak tujuh tahun lalu, keadaan aman di sebahagian besar bumi Syria telahpun “pupus”. Tiada istilah itu wa ima ketika umat Islam di seantero dunia meraikan bulan suci, Ramadan.
Di kebanyakan kawasan yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan, seperti di wilayah Idlib, Daraa dan Hama, serangan berterusan tidak kira masa sama ada siang atau malam, darat dan udara.
Bagi pelarian Syria yang menjadi mangsa konflik, Ramadan tidak memberi sebarang jaminan bahawa mereka akan terselamat dari serangan.
Pelbagai bentuk bom masih digugurkan. Dalam serangan ke atas Kafr Zeita pada 24 Mei lepas misalnya, ia dibuat ketika mereka sedang berbuka puasa.
Berbanding bulan-bulan sebelumnya,ia amat berkurangan tetapi masih berterusan. Jika tidak bangunan awam, ladang tanaman menjadi sasaran.
Doktor Shaju Islam, salah seorang sukarelawan perubatan yang berada dalam Syria mengakui secara keseluruhannya serangan udara oleh tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia menurun. Tetapi tidak bermakna orang awam termasuk sukarelawan benar-benar berada dalam keadaan selamat.
Mereka masih terancam dengan serangan bom kereta dan pembunuhan oleh kumpulan yang bersengketa.
Katanya lagi, ia menjadikan keadaan benar-benar tidak selamat termasuk bagi membeli barangan untuk berbuka puasa.
” Saya tahu pada Ramadan agak tenang berbanding masa lain pada tahun ini,” katanya di laman Facebook Dr Shajul Islam Official.
Ketika serangan udara tentera regim dan sekutunya berkurangan, pertelagahan sesama sendiri antara kumpulan bersenjata masih menjadi ancaman besar kepada nyawa mangsa konflik.
Serangan bom kereta meningkat berkali ganda di bulan Ramadan yang mensasarkan kawasan yang menjadi tumpuan orang awam.
Terbaru, Syrian Observatoy for Human Rights (SOHR), mengesahkan serangan bom ke atas sebuah pusat pemeriksaan dekat kampung Briqa di pinggir Quneitra telah meragut satu nyawa.
Di Idlib, paling kurang, tujuh orang awam terbunuh dan lebih 60 lagi cedera dalam letupan bom kereta di tengah bandar itu pada 26 Mei lepas.
Di Daraa pula jumlah mangsa yang terkorban akibat perbalahan kumpulan bermusuhan meningkat kepada 11 nyawa.
Angka itu tidak termasuk pembunuhan membabitkan petugas White Helmets pada Sabtu lalu.
Ia dibuat ketika mana mangsa sedang bersahur di sebuah kem dekat Al Hader, bahagian utara Aleppo.
Sukarelewan berkenaan ditutup mata dan kemudian ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penyerang yang bertopeng.
Keadaan konflik menyebabkan keganasan berleluasa di Syria.
Di sini, tiada peraturan atau undang-undang kerana kuasa terletak pada kekuatan senjata.
Bumi Syam yang mubarakah sedang diuji dan ia datang dalam pelbagai segi hatta di bulan suci.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *