indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Travelog MKSC 6.0 : Ketika di Dapur..

Ketika di Dapur.. 

Beginilah keadaan salah satu dapur rakyat tajaan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Ini ialah dapur rakyat di Turkman Bareh yang terletak di pinggiran utara Aleppo.

Saya dan team Syria Care tidak melepaskan peluang untuk turut sama memasak, membungkus dan menyiapkan pek hidangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Secara peribadi saya sangat berbangga berada di sini sebagai mewakili rakyat Malaysia yang sesungguhnya sangat berbudi luhur kerana tidak putus-putus menyalurkan sumbangan agar rakyat Syria dalam apa jua keadaan tetap berpeluang menikmati iftar di bulan Ramadan yang mulia.

Dapur ini menjadi saksi sokongan dan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap saudara mereka yang ditimpa bencana kemanusiaan di Syria. Malahan sebenarnya sumbangan yang diterima bukan sahaja dari Malaysia, ada penyumbang tegar dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Alhamdulillah 

Dan keberadaan dapur-dapur rakyat inilah yang menzahirkan kelangsungan hidup mereka di sana. 

Saya melihat sendiri gerak kerja pantas petugas-petugas di dapur rakyat ini bagi memastikan pek hidangan dapat disiapkan semaksima mungkin agar ramai yang dapat menikmati keriangan berbuka puasa. 

Ada antara petugas ini yang fokus kepada penyediaan nasi, ada yang memotong sayuran dan buah-buahan. Ada yang menguruskan bahagian hidangan lauk. Ada juga yang cepat-cepat membilas periuk besar untuk diguna semula. Ada yang membasuh peralatan dan pelbagai kerja yang dilakukan oleh petugas kami di dapur ini. MashaAllah semua bergerak pantas. Cuma team kami agak perlahan pergerakan kerana tidak biasa memasak dengan jumlah yang banyak seperti itu. 

Usai memasak, mereka saling membantu untuk membungkus dan menyediakan pek-pek untuk diagihkan sebelum masuk waktu berbuka. Benarlah kata pujangga, muafakat itu membawa berkat. 

Muafakat antara kita di Malaysia dan petugas-petugas ini di Syria telah memberi bahagia buat rakyat Syria. Mereka sangat bersyukur. Dan kita pasti sangat bahagia. 

Saya secara peribadi berharap agar dapur-dapur ini dapat terus beroperasi sehingga ke penghujung Ramadan. Teruslah memberi sumbangan apatah lagi dalam tempoh 10 hari terakhir ini. Sedekah jariah kita melapangkan dunia mereka dan melapangkan hidup kita dunia dan akhirat InshaAllah. 

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Syria Care: 
1. CIMB Islamic:8601894560 
2. Maybank Islamic: 562106653575 
3. RHB Islamic: 26225000021775 
4. Affin Islamic: 105990040004

Dari hati, 
Nurdieana Mohd Mardzi 
Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 

#MisiKemanusiaan
#SyriaCare
#inibukankerjamainmain
#KempenRamadanAlKhair6

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *