Farhatul Eid: Agihan Pakaian Raya: Khair Gota: Kem di Hama

❤ Projek : Agihan Pakaian Raya
❤ Kawasan agihan : Kem di Perkampungan Hama
❤ Pelaksana : NGO Khair Gota

Petugas Khair Gota mendapati terdapat penempatan pelarian di khemah-khemah sekitar perkampungan Hama yang tidak menerima bantuan dari mana-mana NGO sebelum ini.

Jadi agihan pakaian raya dan gula-gula kepada 100 kanak-kanak termasuklah 38 daripadanya merupakan anak-anak yatim.

Kegembiraan yang tidak dapat disembunyikan oleh kanak-kanak ini apabila menerima hadiah daripada anda melalui Syria Care.

Ternyata penghujung Ramadan dan juga Syawal mereka lebih bermakna dengan bantuan yang disampaikan hasil sumbangan anda semua.

Syria Care mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang kerana bersama menjayakan Kempen Ramadan al-Khair 6.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”252″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *