indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

OPCW sah penggunaan senjata kimia

Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan gas sarin dan klorin telah digunakan dalam serangan ke atas orang awam di utara Syria tahun lalu.
Kenyataan itu dibuat dalam laporan tidak rasmi terbarunya, pada Rabu.
Menurut OPCW, gas sarin telah digunakan dalam serangan ke atas bandar Lataminah, Hama pada 24 Mac 2017.
Ia juga merumuskan bahawa gas seakan klorin juga telah dilancarkan ke atas Hospital Lataminah dan kawasan sekitarnya, sehari selepas itu.
Penemuan bukti dibuat berdasarkan percakapan saksi, analisa epidemiologi dan juga contoh-contoh yang diambil.
Bagaimanapun di bawah mandat yang diberikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tugasan OPCW hanya membabitkan pencarian bukti terhadap penggunaan senjata kimia, bukannya menuding jari pihak mana pihak yang bertanggungjawab.
Sebelumnya, siasatan bersama yang dilakukan agensi PBB dan OPCW telah menemui bukti penggunaan bahan terlarang berkenaan oleh regim Bashar al Assad dalam serangan ke atas orang awam.
Bagaimanapun tiada tindakan diambil selepas, sekutu kuatnya, Rusia menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB untuk tidak memperbaharui mandat yang diberikan kepada kumpulan penyiasat itu.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *