indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Dara’a: AS dan Rusia main wayang

 

Amerika Syarikat memaklumkan kepada kumpulan penentang anti kerajaan di Dara’a bahawa ia tidak akan campur tangan bagi membantu mereka menghadapi operasi ketenteraan serangan regim Bashar al Assad dan sekutunya di kawasan itu.

Agensi berita AP berkata, sumber berkenaan diperolehinya daripada aktivis pembangkang, Osama Hourani dan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).

“Amerika Syarikat telah memaklumkan kumpulan penentang di bahagian selatan Syria bahawa Washington tidak akan campur tangan dalam operasi untuk melindungi mereka bagi menghadapi tentera kerajaan yang dibantu serangan udara oleh Rusia pada masa sekarang,” kata AP.

Kenyataan itu bercanggah sama sekali dengan janjinya bulan lalu, di mana White House berikrar akan mengambil langkah tegas dan sepatutnya untuk melindungi gencatan senjata di bahagian selatan Syria sekiranya tentera regim Bashar dan sekutunya memerangi mereka.
Ia sejajar dengan dasar yang dimeterai tahun lepas bahawa Amerika Syarikat dan Jordan bersetuju untuk memasukkan Dara’a ke dalam zon bebas perang.

Bagaimanapun perkembangan mutakhir membuktikan ia sekadar janji kosong.

“Ia jelas sejak semalam Rusia dan regim telah diberi lampu hijau untuk menguasai semula Houran,” kata Hourani kepada AP.

Sejak serangan dibuat lima hari lepas, pada Ahad, tentera Syria yang dibantu pesawat Rusia dilapor telah berjaya bergerak lebih jauh ke dalam Dara’a.

Menurut SOHR, tentera kerajaan telahpun berada di kawasan kubu kuat kumpulan penentang, Busra al Harir dan tentangan sengit masih diberikan dari dalam bandar Dara’a.

Razali Awang 
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *