Bunuh sukarelawan

Union of Medical Care and Relief Organisation (UOSSM) mengesahkan seorang petugasnya maut ketika cuba menyelamatkan mangsa yang cedera dalam serangan udara tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya ke atas Daraa.
 
Mangsa, Abdul Hadi al Hariri, seorang pemandu ambulans terbunuh pada jam 1 petang waktu tempatan, 25 Jun 2016, di Busr al Harir.
Dia dikatakan terselamat dalam serangan pertama tetapi menemui ajal selepas itu, apabila kenderaannya menjadi sasaran.
Ketika kejadian, dia dilaporkan telah memindahkan mangsa yang cedera dan ambulansnya telah diserang, tetapi ia tidak mengena.
“Abdul Hadi menghubungi dengan radio bahawa dia memerlukan bantuan kecemasan. Orang pertama yang menerima panggilan mencarinya selama empat jam dan menemui mangsa di dalam ambulans, terbunuh dalam serangan kedua,” lapor reliefweb.int.
 
Mengulas kematian petugasnya, Pengerusi UOSSM International, Dr Ghanem Tayara kecewa kerana sukarelawan perubatan terus menjadi sasaran dan dibunuh sesuka hati.
 
Pada hari yang sama UOSSM turut mengesahkan sebuah pusat rawatan asas yang menyediakan kemudahan rawatan kepada lebih 5,000 pesakit sebulan di Busr al Harir telah mengalami kerosakan teruk akibat diserang sehingga memaksa operasinya dihentikan.
 
Selain petugas UOSSM, White Helmets mengesahkan salah seorang sukarelawannya, Mohammad Trad Abu Salem, turut menjadi korban serangan udara.
Dia terbunuh selepas terkena bom di Bandar Al Hrak.
 
Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan sejak 19 Julai lalu, lebih 30 maut selepas tentera regim dan sekutunya melancarkan serangan besar-besaran ke atas kawasan yang bersempadan dengan Israel dan Jordan itu.
 
Pada Isnin, ia menggugurkan bom barel buat pertama kali dalam tempoh hampir setahun ke atas kawasan itu bersama risalah meminta orang ramai menghalau kumpulan anti kerajaan seperti mana yang dibuat penduduk Timur Ghoutah.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *