indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

750,000 penduduk Daraa terkepung

 

Lebih 750,000 penduduk Daraa, di selatan Syria berada dalam keadaan berisiko tinggi berikutan serangan tanpa henti tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya ke atas kawasan berkenaan.

Kebimbangan itu dimaklumkan Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria Staffan de Mistura kepada Majlis Keselamatan (PBB).

Beliau menegaskan jika digabungkan dengan kemusnahan yang dialami Aleppo dan Timur Ghoutah, jika tidak dihentikan, situasi yang bakal berlaku ke atas Daraa jauh lebih dasyat.

Dalam taklimatnya, beliau memaklumkan lebih 45,000 penghuni kawasan itu terpaksa menjadi pelarian dan kini berada di kawasan sempadan dengan Israel dan Jordan untuk menyelamatkan diri dari serangan.

Selepas mendengar penerangan de Mistura, Duta Amerika Syarikat ke Majlis Keselamatan, Jonathan Cohen, menempelak Rusia yang mendakwa cuba mengatasi konflik itu dan pada masa sama meningkatkan serangan udara ke atas penduduk Daraa.

“Amerika Syarikat sangat bimbang mengenai serangan terbaru regim Syria dengan sokongan secara langsung dari Rusia. Di bahagian barat daya di mana serangan berterusan, bom barel, tembakan meriam serta serangan roket menyebabkan kematian tinggi di kalangan orang awam,” katanya seperti yang dilapor The Guardian.

Menurutnya lagi, Daraa sebelum ini menikmati keadaan tenang hampir setahun selepas semua pihak terbabit akur dengan statusnya sebagai kawasan bebas perang.

Ia diperkukuh lagi dengan ikrar yang dibuat oleh Presiden Vladimir Putin bersama Presiden Donald Trump pada Sidang Kemuncak G20 di Hamburg, tahun lalu.

Bagaimanapun janji itu dikhianati selepas tentera regim dan sekutunya, Rusia melakukan operasi ketenteraan di bahagian timur Daraa dalam usahanya untuk menguasai kawasan yang menjadi lokasi kebangkitan rakyat Syria menentang pentadbiran Bashar al Assad lebih tujuh tahun lalu.

Daraa dianggap kawasan strategik kerana ia bersempadan dengan Israel dan Jordan. Tel Aviv menegaskan ia sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kehadiran kumpulan bersenjata pro Iran ke kawasan perbatasannya. Atas faktor itu ia telah bertindak melancarkan serangan udara ke atas lokasi yang menempatkan keperluan logistik Hezbullah di Damsyik.

Razali Awang 
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *