Penentang tolak syarat Rusia

Pesawat Rusia meneruskan operasi serangan udara ke atas kedudukam kumpulan anti kerajaan pada Rabu, selepas, Free Syrian Army (FSA) mengumumkan gencatan senjata di Daraa gagal.
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), serangan udara mensasarkan Bandar Tafas, Dara dan Saida.
 
Dakwanya lagi sejak petang semalam, pelbagai pengeboman telah dibuat termasuk menggugurkan bom barel.
 
Sejak Sabtu lalu, serangan udara dihentikan ketika mana pihak yang bertelagah dalam konflik itu cuba mencari penyelesaian.
 
Kumpulan anti kerajaan dikatakan menolak syarat yang dibuat regim Bashar al Assad yang meminta mereka menerima pentadbiran regim di Daraa selain perlu menyerahkan senjata berat yang dimiliki.
 
“Perbincangan dengan Rusia di Bosra al Sham telah gagal kerana engganan menyerahkan senjata berat,” kata wakil FSA, Abu Shaima.
 
Mengulas perkara yang sama, jurucakap kumpulan penentang, Ibrahim al Jabawi berkata, perbincangan itu tidak mencapai sebarang rumusan.
 
Katanya, Moscow mahukan semua senjata berat diserahkan serentak sedangkan pembangkang mahu ia dibuat secara berperingkat-peringkat selepas puluhan ribu mereka yang menjadi pelarian dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
 
Mengulas isu yang sama, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, dari Rusia, Sergey Lavrov berhubung krisis di kawasan bebas perang itu.
 
Katanya lagi, ketiadaan gencatan senjata memburukkan krisis kemanusiaan di situ.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *