indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Daesh mengganas di Swaida

Lebih 220 maut dalam tempoh 24 jam selepas pengganas Daesh melancarkan serangan di pelbagai lokasi di Swaida, Syria.
 
Menurut the Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), sekurang-kurangnya tiga serangan nekad telah dilancarkan di bandar itu.
Dalam keganasan pada Rabu, sebuah pasar yang padat dengan penduduk turut menjadi sasaran dan laporan tidak rasmi mengesahkan lebih 40 maut, kebanyakannya orang awam.
 
“Tiga penyerang yang memasang bom di badan mensasarkan bandar Swaida, sementara letupan lain dilancarkan ke atas perkampungan di utara dan timur,” katanya.
 
Menurut Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, selain melakukan serangan, kumpulan itu turut menawan tiga daripada tujuh kampong yang mereka sasarkan.
 
Jelasnya lagi, dalam serbuan ke atas sebuah kawasan yang padat dengan penduduk berhampiran Swaida, sekurang-kurangnya, 30 tentera regim Bashar al Assad terbunuh.
 
Kejadian itu disifatkan serangan balas selepas kumpulan berkenaan berjaya dihalau dari tempat persembunyian mereka di kawasan berhampiran.
 
Dalam laporannya, agensi berita rasmi milik kerajaan SANA, berkata, serangan udara telah dilancarkan dan menyerang kedudukan saki baki kumpulan Daesh di bahagian timur Swaida.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *