indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

White Helmets: Bashar keluar arahan bunuh

Presiden Syria, Bashar al Assad mengeluarkan arahan kepada tenteranya untuk membunuh saki baki sukarelawan White Helmets yang terkepung di bahagian selatan negara itu.

Perintah akan dilaksanakan jika anggota penyelamat berkenaan masih enggan menyerah diri.

“Nasib White Helmets sama seperti pengganas lain. Mereka ada dua pilihan: meletak senjata dan memohon keampunan yang telah kami tawarkan lebih empat atau lima tahun lepas, atau kena bunuh sama seperti pengganas lain,” kata Bashar seperti dilapor Rusia Today, Khamis lalu.

Tuduhnya lagi, White Helmets adalah pengganas yang bertopengkan pekerja sukarelawan.

Sementara itu dalam isu yang sama, salah seorang pegawai kanan Rusia menyifatkan saki baki anggota White Helmets dan keluarga mereka yang terperangkap sebagai “perosak”.

Dalam kenyataan yang disiarkan www.thenational.ae, dia dipetik berkata, mereka tidak layak berada di dalam Syria.

Dianggarkan lebih 400 anggota White Helmets bersama keluarga mereka terkepung di bahagian selatan yang bersempadan dengan Jordan dan Israel.

Dalam operasi sebelum ini, 98 petugas lelaki dan wanitanya bersama 324 anggota keluarga sukarelawan berkenaan berjaya dibawa keluar dari selatan Syria dan kini berada di Jordan sementara menunggu masa untuk dibawa ke negara ketiga.

Mereka tiba selepas Amman memberi lampu hijau untuk menerima mereka yang sebelum ini dibawa masuk dari Bukit Golan ke wilayah Israel.

White Helmets yang ditubuh pada 2013 turut dikenali sebagai Syria Civil Defence terbabit dengan operasi menyelamat mangsa yang cedera di kawasan yang sebelum ini dikuasai kumpulan anti kerajaan.

Kewujudan dan peranan yang digalasnya bagaimanapun tidak disenangi pentadbiran Bashar al Assad kerana ia menerima sejumlah dana dari negara luar termasuk Britain, Jerman serta Amerika Syarikat dan berkali-kali menuduh White Helmets sebagai agen Barat.

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *