indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Nafi rekrut tentera kanak-kanak

 

Sekutu Amerika Syarikat di Syria, Syrian Democratic Forces (SDF) menyangkal dakwaan Human Rights Watch (HRW), bahawa ia merekrut kanak-kanak pelarian di kawasan yang dikuasainya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, sayap pejuang etnik Kurdish itu menjelaskan apa yang dilaporkan adalah perbuatan individu yang tidak mewakili SDF secara keseluruhan dan akan menyiasat perkara berkenaan.

“Kami menentang sebarang pengambilan kanak-kanak bawah umur.
“Apa yang dikeluarkan dalam kenyataan akhbar HRW hanyalah perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang tidak mewakili secara keseluruhan cara dan strategi Majlis SDF,” sangkalnya.

Menurut SDF, selain memulangkan kanak-kanak berkenaan kepada anggota keluarga, tindakan sepatutnya juga akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

HRW membuat dakwaan berkenaan selepas lapan keluarga di tiga khemah pelarian di utara Syria mendakwa kumpulan militan Kurdish telah menggalakkan anak mereka yang berada di bawah umur supaya berkhidmat sebagai tentera.

Dalam satu kes, sebuah keluarga mendakwa anak perempuan mereka telah diambil untuk menjadi askar walaupun baru berusia 13 tahun.
“Kami sangat miskin, jadi mereka memberitahu anak perempuan kami, mereka akan beri duit dan pakaian.

“Ibunya melarang tetapi anak perempuannya diambil berkhidmat di dalam tentera dan sejak itu tiada berita mengenainya,” lapor pertubuhan berkenaan.

Di bawah undang-undang antarabangsa, ia melarang mana-mana kumpulan bersenjata untuk merekrut kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dan mengambil mereka yang berusia di bawah umur 15 tahun adalah satu jenayah perang.

Razali Awang 
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *