Saintis pro Bashar kena bom

 

Salah seorang seorang individu penting yang dituduh Barat sebagai terbabit dengan program senjata kimia regim Bashar al Assad, disahkan terbunuh dalam letupan bom di Hama.

Pengarah Penyelelidikan dan Pengajian Saintifik Syria di Masyaf, Aziz Asber maut selepas kereta yang dinaikinya meletup.

“[Aziz] meninggal dunia selepas letupan mensasarkan keretanya di pinggir Hama,” lapor akhbar pro kerajaan, Al Watan.

Menurut The Guardian, kumpulan yang bersekutu dengan Tahrir al Sham (HTS), telah mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.
Ia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Briged Abu Amara yang mendakwa telah memasang bahan letupan di kenderaan mangsa.
Kejadian yang menimpa Aziz pada malam Ahad, turut disahkan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).

Ketika hayatnya, dia dikatakan telah memainkan peranan utama membangunkan program misil Syria dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Iran.

Razali Awang 
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *