Idlib: Serangan selepas Aidiladha?

Tentera regim Bashar al Assad dilapor memperkukuh kedudukan bagi melancarkan serangan ke atas Idlib, Hama dan Latakia dalam masa terdekat.
Dakwaan itu dibuat Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).
 
“SOHR memantau tentera regim membawa lebih banyak kenderaan yang sarat dengan senjata dan bahan letupan serta anggota baru ke kawasan pinggir Hama, Idlib dan Lattakia.
 
“Manakala kumpulan penentang dan serpihan, mengukuhkan kedudukan dan bersedia dengan operasi ketenteraan yang ditelah dibayangkan regim sebagaimana dengan tanda-tanda melancarkan serangan di kawasan itu selepas membawa beratus kenderaan, kereta perisai, peralatan dan ribuan askar dari barisan hadapan lain,”katanya dalam kenyataan pada Rabu.
 
Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengkalan di Britain itu, regim Bashar telah mengambil kesempatan gencatan senjata untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan berkenaan.
 
Mereka dilapor telah membawa kumpulan-kumpulan yang setia kepada Damsyik termasuk dari perkampungan di pinggir Hama bagi mengukuhkan serangan darat.
 
Berikutan perkembangan itu, kumpulan penentang utama di Idlib seperti Hayyat Tahrir al Sham (HTS) dilapor turut menambah kedudukan pejuang sebagai persediaan bagi menghadapi operasi besar-besaran.
 
Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *