Idlib: 900,000 lari ke sempadan Turki

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 900,000 pelarian sedia ada dan penduduk Idlib akan menuju ke sempadan Turki dalam masa terdekat sekiranya regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia meneruskan operasi darat menyerang kumpulan anti kerajaan di wilayah itu.

Sejak serangan udara bermula dua minggu lalu, lebih 40,000 telah berbuat demikian bagi menyelamatkan diri dari menjadi mangsa pengeboman.
Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan antara 1 hingga 12 September, ia menunjukkan pertambahan mendadak pelarian.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Penyelaras Kemanusiaan Wilayah PBB bagi Krisis Syria, Panos Moumtzis berkata pihaknya tidak mempunyai cara bagi membuat persiapan untuk menghadapi keadaan buruk, di mana tiga juta pelarian dijangka akan menuju ke sempadan Turki bagi menyelamatkan diri.

“Tiada jalan yang saya berkata kita bersedia. Apa yang penting melakukan persiapan pada tahap maksimum,” katanya seperti dilapor Middle East Eye.

Jelas Moumtzis, berikutan keadaan yang semakin membimbangkan, PBB telah berkongsi koordinat sistem pengesanan global (GPS) 235 kawasan yang dilindungi di Idlib termasuk sekolah dan hospital dengan Rusia, Turki.

Di sebalik kebimbangan badan dunia itu, ia masih tidak dipeduli regim.
Menteri Luar Syria Wahid Muallim berkata, akan memerangi Hayat Tahrir al Sham (HTS) tanpa mengira korban nyawa.

Dianggarkan terdapat lebih 10,000 anggota HTS, kumpulan yang dikaitkan dengan rangkaian Al Qaeda berada dan menguasai sebahagian besar wilayah itu.

Sebelum ini, PBB dan Turki bersetuju untuk menghapuskan kumpulan berkenaan yang dicap sebagai pengganas tetapi ia perlu dibuat tanpa mengancam nyawa orang awam.

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *