Snek percuma untuk ke sekolah

Pendekatan menggunakan makanan untuk menarik anak-anak pelarian Syria di Lubnan datang ke sekolah menampakkan hasil.
 
Menurut Theirworld, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengkalan di Britain, sejak projek perintis yang bermula tiga tahun lalu, ia menunjukkan perubahan bukan sahaja dalam konteks kedatangan tetapi juga prestasi pembelajaran
 
Di bawah The Snack Programme, yang diperkenalkan lebih 4,000 pelajar termasuk anak penduduk tempatan di Lembah Bekaa dan Mount Lebanon turut mendapat manfaat.
 
Dalam laporannya Theirworld berkata, pelaksanaan program makanan sihat telah menunjukkan peningkatan kedatangan sebanyak 7 peratus.
 
Manakala dalam konteks pembelajaran pula ia menampakkan peningkatan prestasi secara purata 5 peratus.
 
Program yang dilaksanakan kemudian tersebar dan bagi mengelak dari kelaparan, ibu bapa menggalakan anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat makanan.
Menurut Carine Sobhieh, salah seorang guru yang terbabit dengan program berkenaan, sebelum ini kebanyakan anak-anak pelarian Syria kelaparan dan tidak makan sewaktu masa rehat.
 
Keadaan itu menyebabkan mereka kelaparan, penat dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran.
 
Sebahagian besar pelajar berkenaan tidak mampu untuk membawa makanan dari rumah kerana ia tidak mencukupi apatah lagi untuk membelinya di kantin sekolah.
Menurut Suruhanjaya bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 91 peratus isi rumah pelarian Syria di Lubnan tidak mempunyai cukup makanan dan 58 peratus hidup di bawah paras kemiskinan.
 
Pada masa sekarang terdapat lebih sejuta terdapat hampir sejuta pelarian Syria di Lubnan di mana 625,000 adalah kanak-kanak dan 40 peratus daripada mereka tercicir dalam pembelajaran.
 
Razali Awang
Media Syria Care
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *