Syria: Parlimen Turki perbaharui mandat

Parlimen Turki memperbaharui mandat kepada tenteranya untuk tempoh setahun lagi bagi berada di Syria dan Iraq.
 
Keputusan yang dibuat pada Rabu, adalah mandat tahunan sejak 2014, selepas Ankara terbabit secara langsung dalam konflik di negara jirannya untuk memerangi pengganas IS.
 
Mengulas keputusan yang dibuat, Ketua Jawatankuasa Pertahanan Parlimen Turki, Ismet Yilmaz, berkata,tiada penangguhan di Turki untuk memerangi pengganas dan negaranya telah mengambil semua langkah yang perlu.
 
“Kami tidak akan benarkan kumpulan pengganas untuk mencari perlindungan atau dilatih di sempadan selatan negara kita atau melakukan serangan berperingkat ke atas negara kita kerana keadaan politik yang tidak stabil di Iraq dan Syria,” katanya seperti dilapor Anadolu.
 
Mandat itu diberikan ketika mana Rusia memberi jaminan bahawa sekutunya, regim Bashar al Assad tidak akan melakukan serangan secara besar-besaran ke atas Idlib, yang menjadi satu-satunya wilayah yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan.
 
Dalam kata sepakat yang dicapai pada 17 September lalu, Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin telah bersetuju untuk mewujudkan zon bebas perang (DMZ) dan akan bekerjasama untuk membersihkannya dari ancaman Hayat Tahrir al Sham, bekas sekutu Al Qaeda.
“Saya percaya yang kita akan mencapai matlamat.
 
Ia bermakna tiada tindakan ketenteraan pada skala besar-besaran di sana,” kata Putin./Foto AFP.
 
Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *