60,000 pelarian di ambang maut

Lebih 60,000 pelarian Syria di kem Rukban di ambang kebuluran dan maut selepas tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan dan bekalan ubat-ubatan ke situ.
 
Menurut media tempatan Al Badia24, sejak enam hari lalu, kesemua bekalan yang cuba di bawa masuk ke kem yang bersempadan dengan Jordan telah dirampas di pusat pemeriksaan dan pintu masuk.
 
Lapornya lagi, tindakan berkenaan memburukkan lagi keadaan sedia dan memberi kesan ketara kepada mereka yang memerlukan rawatan khususnya bagi menjalani pembedahan dan perbidanan.
 
Pelarian di situ juga buntu selepas Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), telah bertindak menutup pusat kesihatannya tanpa menyatakan sebarang alasan.
 
Berikutan sekatan terkini, rayuan telah dibuat kepda pihak berkuasa Jordan dan masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera menyelamatkan nyawa mereka yang terkepung di tengah padang pasir.
 
Jurucakapnya, Omar al-Homsi, menegaskan tindakan regim menyekat bantuan kemanusiaan dan bekalan ubat-ubatan bertentangan dengan apa yang dijanji sebelum ini.
 
Sejak Jun lalu, kesengsaraan pelarian di kem Rukban semakin teruk selepas pelabuhan darat yang menghubungnya dengan Jordan ditutup ekoran tekanan yang diberikan Rusia tekanan kepada Amman.
 
Pada masa sama, regim Bashar juga mengambil tindakan dengan menutup jalan Al Dumayr.
 
Dalam perkembangan terbaru, dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam di kem Rukban.
 
Munaf al-Hamoud, 14 bulan meninggal dunia akibat kekurangan kemudahan perubatan di situ.
 
Ia kes kedua selepas kejadian yang sama menimpa Huda Rislan pada Isnin lalu./Foto Al Jazeera.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *