Gencatan senjata rapuh-White Helmets

Gencatan senjata yang dikuatkuasa di satu-satunya wilayah yang masih berada di bawah kumpulan anti regim Bashar al Assad, Idlib kini berada dalam keadaan terancam.
 
Kenyataan itu dibuat Ketua White Helmets Raed Salleh berikutan peningkatan serangan mortar ke atas kawasan berkenaan oleh tentera kerajaan dan sekutunya.
Katanya kepada Daily Telegraph pada Khamis lalu, lebih 20 maut akibat pencabulan gencatan senjata meskipun ia dipersetujui pada September lepas.
 
“Sekiranya keadaan sekarang berterusan sebagaimana hari-hari sebelumnya, tanpa tindakan memerangi keganasan, rundingan akan berakhir,” jelasnya.
Berikutan kebimbangan itu, Raed merayu masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah bagi memastikan nasib lebih tiga juta mangsa konflik yang berada di Idlib terjamin.
 
“Apa langkah-langkah pematuhan, apa kesan kepada mereka yang melanggar perjanjian, tiada kesannya dan itu masalah dengan perjanjian sebelum ini,” kata Raed.
Beliau menjelaskan dalam usaha menawan semula Idlib, Bashar bertindak sendirian tanpa bantuan sekutu kuatnya, Rusia. Namun begitu, Moscow dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan itu bagi menyelamatkan gencatan senjata.
 
Dalam temuramah yang sama, Raed menyampaikan mesej kepada rakyat Britain keadaan yang dihadapi anggota sukarelawan White Helmets.
“Nilai kemanusiaan sedang terancam. Bahkan nilai asas dan prinsipnya. Kita semua patut bersatu untuk melindungi mereka dengan memerangi salah maklumat dan keganasan,” jelasnya.
 
Kenyataan berkenaan merujuk kepada ancaman yang diterima lebih 3,000 sukarelawan White Helmets di kawasan yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan yang dikatakan menjadi sasaran kempen propaganda atas talian secara besar-besaran oleh Rusia yang menuduh mereka bekerja dengan Al Qaeda dan hanya berlakon dalam operasi menyelamat.
 
Katanya lagi, fitnah yang dilemparkan telah merosakan imej dan moral sukarelawan yang selama ini berkorban jiwa raga untuk membantu dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam serangan yang dilancarkan.
 
“Rusia telah membina sistem untuk menyebar maklumat palsu dan ia berjalan setiap hari. Ia memerlukan usaha penyelarasan untuk membuktikan kebenaran. Kami semua berusaha untuk membuktikan kebenaran,” kata Raed. Foto Daily Telegraph
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *