Bantuan Musim Sejuk 6.0 (2018) : Agihan Diesel di Utara Aleppo

Agihan diesel di Turkmen Bareh dan Utara Aleppo – Syria.

November 2018

20 liter diesel telah berjaya diagihkan buat 500 keluarga pelarian di kawasan kem pelarian Sosyan, Tadif, Shabiran, Kbbosin dan Al Bab untuk mereka hidupkan alat pemanas walaupun ia hanya dapat bertahan mungkin seminggu dua sahaja.

Agihan kali ini disempurnakan oleh rakan kerjasama pintar Syria Care di sana iaitu Ulfah Human Relief yang beroperasi di Utara Aleppo.

Terima kasih yang tidak terhingga buat para penyumbang yang sangat prihatin akan saudara dan anak-anak mereka di Syria.

Teruskan menyumbang agar lebih banyak lagi bantuan musim sejuk dapat diagihkan sepanjang musim ini.

📍 Maybank: 562106653575
📍 CIMB Islamic: 8601894560

Ref : MUSIM SEJUK

Sumbangan atas talian:
https://www.syriacare.org.my/donate/

[huge_it_slider id=”488″]

Bantuan Musim Sejuk 6.0 (2018)
Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *