Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Ziarah Mufti Kilis

Hari kelima
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Isnin, 3 Disember 2018
Lokasi : Pejabat Mufti Kilis.

Pada hari kelima, telah berlangsung satu kunjungan rasmi ke Pejabat Mufti Kilis. Pasukan misi dimaklumkan bahawa mufti sebelum ini iaitu Mahmud Kratapi telahpun bersara dan diganti dengan mufti baharu iaitu Abdurrahman Şahİn.

Kebetulan pula, mufti tersebut sedang bercuti. Namun, kunjungan kami disambut mesra oleh tiga orang pembantu mufti iaitu Ustaz Muhammad Joban, Ustaz Omar Aban dan Ustaz Hussein Dimer Khan. Mereka juga penyelaras kelas-kelas agama dan bantuan bagi kawasan-kawasan di dalam Syria seperti Aazaz, Souran, Akhtareen serta kem-kem pelarian.

Kunjungan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan urusan masuk ke dalam Syria dan sudah semestinya prospek kerjasama seterusnya antara pejabat mufti dan Syria Care.

#misikemanusiaansyriacare7

 

[huge_it_slider id=”539″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *