Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Agihan bantuan di Souran, Syria

Hari keenam
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Selasa, 4 Disember 2018
Lokasi : Agihan Pek Pakaian dan Selimut di Souran’, Syria

Setelah selesai agihan bantuan di Turkman Bareh dan Maari’ pasukan misi bergerak ke Souran pula bagi mengagihkan bantuan di sana,

Jumlah agihan ini sama seperti di kedua-dua tempat tersebut iaitu:
1203 jaket
787 topi
394 selimut
675 sarung tangan
625 kasut but
663 sarung kaki
937 beg

Semua barangan ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui tabung Bantuan Musim Sejuk 6.0 yang dianjurkan oleh Syria Care.

Tumpuan agihan kepada keluarga faqir, balu-balu dan anak-anak yatim di kawasan tersebut.

Alhamdulillah. Agihan hari ini selamat disempurnakan dengan bantuan dan kerjasama dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).
yang menguruskan kontena dari pelabuhan Mersin sehinggalah ke proses agihan di kawasan-kawasan yang telah disepakati bersama.

Sepanjang agihan ini cuaca hujan dan sejuk sekali. Semoga bantuan yang disampaikan dapat menghangatkan saudara kita di sana.

#misikemanusiaansyriacare7

 

[huge_it_slider id=”545″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *