TABUNG UMMU MUHAMMAD KHARMA

Pada hari kedua Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 di Lubnan, pasukan misi sempat ziarahi Ummu Muhammad Kharma dan keluarganya.

Dia menceritakan bagaimana mereka sekeluarga melarikan diri dari Homs, Syria. Namun, tidak lama selepas tiba di Lubnan, suaminya meninggal dunia setelah menderita kanser.

Bertambah perit apabila kaki Ummu Muhammad Kharma tidak lagi kuat untuk berdiri dan melakukan sebarang pekerjaan. Buat masa sekarang, seluruh keluarganya bergantung harap pada anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Untuk makluman semua, salah seorang anaknya menderita penyakit kritikal yang turut memerlukan kos rawatan dan ubatan.

Melihat keadaan ini, Syria Care membuka tabung khas untuk membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.

Sebanyak RM18,695.80 diperlukan untuk pembiayaan:
1. Sewa rumah
2. Yuran persekolahan untuk dua orang anaknya
3. Ubat-ubatan Mak Cik Saadiah dan anaknya
(Selama setahun)

Sumbangan boleh disalur ke akaun bank Syria Care-
📍 Maybank: 562106653575
📍 CIMB Islamic: 8601894560
📍 RHB Bank: 26225000021775
📍 Affin Islamic Bank: 105990040004

Ref : UMMU MUHAMMAD

Hantarkan slip transaksi bank kepada Syria Care (01128809820)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *