Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Ziarah Masjid Qauqaba, Afrin

Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Ziarah Masjid Qauqaba

Hari kelapan
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Khamis, 6 Disember 2018
Lokasi : Ziarah Masjid Qauqaba

Perjalanan petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 untuk hari yang keTUJUH diteruskan lagi dengan menziarahi dan meninjau Masjid Qauqaba bersama para pegawai dari Pejabat Mufti Hatay.

Masjid ini terletak di Afrin, Syria

Ia telah dibina oleh penduduk setempat. Bagi pembinaan masjid hanya dinding dan bumbung yang telah siap. Tetapi tingkap dan pintunya masih tiada. Malah, lantaunya juga belum disiapkan.

Namun penduduk di situ tetap menunaikan solat berjemaah walau hanya berlapikkan tikar getah dan karpet.

Jumlah penduduk asal dan pelarian di situ seramai 150 orang. Mereka sangat mengharapkan ada pihak yang sudi tampil membantu dari sudut kewangan agar pembinaan masjid tersebut dapat diteruskan dan disiapkan sehingga ke akhirnya.

#misikemanusiaansyriacare7

 

[huge_it_slider id=”546″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *