Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Jualan Amal di Reyhanli, Turki

Hari kesepuluh
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Sabtu, 10 Disember 2018
Kunjungan ke Jualan Amal Markaz Soni’ul Amal dan Markaz Amal di Rayhanli

Pada hari kesepuluh pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0, berkesempatan menziarahi jalan amal pada kedua-dua markaz ini.

Hasil jualan amal ini bakal membantu rakyat Syria yang cedera akibat peperangan khususnya bagi mereka yang berada di sini. Malahan turut dibantu para isteri kepada suami yang cedera.

Ia sekali gus memberi sokongan moral dan membantu dari segi kewangan serta memberi latihan skil kepada golongan sasaran tersebut.

Berbagai jenis makanan serta kraftangan dijual di sana. Lebih mengujakan apabila pasukan misi sempat bertemu dengan adik Rayyan di sana kerana dia juga menjual barang-barang kraftangannya.

Pertemuan pertama dengan Rayyan pada Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 (2017)

Rayyan | Anak Syria Yang Istimewa

Rayyan yang istimewa.."Saya terima kerana ini yang ditakdirkan untuk saya. Saya pasti kaki ini sedang menunggu saya di syurga."- RayyanBoleh anda bayangkan bagaimana seorang anak kecil boleh bertutur lembut seperti itu? Subhanallah. Admin yakin dan percaya ibu bapanya memainkan peranan yang besar dalam membentuk peribadi solehah anak mereka.Melalui video ini kami kongsikan kisah seorang anak kecil dari Syria yang sangat tabah dan cekal dalam menjalani kehidupan walaupun keadaan fizikalnya tidak lagi sempurna. Pada Oktober 2017 yang lalu, pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 berkesempatan ziarahi Rayyan dan keluarganya di Reyhanli, Turki dan menyampaikan sedikit sumbangan rakyat Malaysia kepada keluarga Rayyan. Untuk pengetahuan semua, Rayyan sekeluarga masih berhubung dengan Syria Care sehingga hari ini. Ada sesiapa yang ingin berikan ucapan atau pesanan untuknya? *Sila komen di bawah untuk kami terjemahkan kepada Rayyan.#Assadswarcrime #AssadbeseigesGhouta #Breaktheseige #syrianchildren #SyriaCare #SyriaCareforhumanity #kitaperihatin #kitamembantu #IniBukanKerjaMainmain #RM20forhumanity #CIMB8601894560 #Maybank562106653575

Posted by Syria Care – Malaysia on Selasa, 2 Januari 2018

#misikemanusiaansyriacare7

 

[huge_it_slider id=”548″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *