Letup bom kereta di pasar awam

Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam serangan menggunakan bom kerera di pasar Al Hal, Afrin Syria.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), serangan berlaku pada tengahari Ahad.

Katanya, angka korban dijangka meningkat berikutan kerana kebanyakan mangsa yang cedera dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Sejurus selepas serangan di pasar berkenaan, pasukan pemusnah bom berjaya mematikan bahan letupan yang dipasang pada sebuah kereta dekat Villalar Street, yang terletak tidak jauh dari situ.

Setakat ini tiada mana-mana pihak yang mendalangi serangan di pasar Al Hal, yang terletak 43 kilometer dari bandar Aleppo.

Afrin yang sebelum ini dikuasai kumpulan pengganas Kurdish, YPG berjaya diusir keluar oleh tentera Turki dalam Operasi Olive Branch pada Mac lalu.

Letupan berlaku selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan membuat kenyataan bahawa Ankara akan melakukan kempen memerangi pengganas di bahagian timur wilayah Euprates.

“Kami akan memulakan operasi untuk membersih timur Euphrates dari pengganas pemisah dalam masa beberapa hari,” katanya pada Rabu lalu.

Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Erdogan, kumpulan pro Kurdish Syrian Democratic Forces (SDF) menegaskan tidak akan berdiam diri dan pada masa sama cuba melakukan rundingan diplomatik bagi menghentikan operasi berkenaan.

Ketua Komander SDF, Mazloum Kobani memaklumkan kepada Reuters yang pihaknya akan bergabung dengan YPG bagi menghadapi tentera Turki.

“Kami bersedia bagi menghadapi sebarang serangan dan akan memberi tentangan hebat…dalam wilayah kami. Sehingga sekarang usaha diplomatik sedang dibuat untuk memutuskan perkara ini,” katanya kepada Reuters./Gambar AFP.

Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *