Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 (2019) : Barangan Runcit

[Barangan runcit untuk 1,000 keluarga]
 
Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0 di Arsal, Lubnan juga mencari dan membeli barangan runcit (makanan) untuk diagihkan kepada 1,000 keluarga yang terperangkap dalam salji tebal di khemah mereka.
 
Sebelum itu mereka telah membuat perbandingan harga dengan beberapa buah kedai dan berbincang sendiri dengan pemiliknya.
 
1,000 keluarga pelarian akan menerima pek makanan ini yang mana sebahagiannya akan diagihkan sendiri oleh petugas Syria Care yang diketuai oleh Ustazah Siti Sakinah.
 
[huge_it_slider id=”574″]
 
Bekalan makanan ini mungkin tidak dapat bertahan lama. Tetapi sekurang-kurang mereka masih dapat menjamah makanan pada saat ini.
 
Semua barangan ini dibeli hasil sumbangan yang anda hulurkan melalui Tabung Bantuan Kecemasan Kem Arsal.
 
Terima kasih kepada semua penyumbang,
 
Teruskan menyumbangn kerana kita masih perlukan sebanyak RM313,197.20 untuk membeli pelbagai keperluan mereka di sana.
 
Akaun bank Syria Care:
🏧 Maybank: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 RHB Bank: 26225000021775
🏧 Affin Islamic Bank: 105990040004
 
Atau sumbangan atas talian:
https://www.syriacare.org.my/donate/
 
Hantarkan slip transaksi bank kepada Syria Care di WhatsApp 01128809820
 
Tarikh tamat : 20 Januari 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *