Bashar tibai Khan Sheikhoun

Beribu penduduk dan pelarian di Khan Sheikhoun, Idlib terpaksa melarikan diri ke kawasan sekitar untuk menyelamat nyawa dari serangan udara tentera regim Bashar al Assad.

Menurut Pengarah Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), Rami Abdulrahman, ia kini menjadi “bandar hantu”selepas penghuninya terpaksa keluar dari situ.

Mengulas perkembangan terkini, dia berkata, pengeboman ke atas kawasan yang masih dikuasai kumpulan penentang itu telah dipertingkat sejak 10 hari lepas.“Pengeboman mensasarkan bandar-bandar di sepanjang lebuhraya Damsyik- Aleppo,” katanya.

Sementara itu White Helmets melaporkan pada Selasa sahaja, lima terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.Menurut penganalisis Hala Systems, yang mengendalikan amaran awal serangan udara mengesahkan 13 serangan telah dibuat ke atas Idlib dan utara Hama pada semalam.“Ia adalah hari ketiga berturut-turut di mana peningkatan serangan telah dicatatkan.

Kadar serangan nampak tinggi dan ia luar biasa dibandingkan dengan beberapa bulan lalu, kata penganalisisnya kepada Reuters.Khan Sheikhoun sebelum ini menjadi perhatian masyarakat dunia kerana beberapa kali menjadi sasaran serangan senjata kimia tentera regim.Paling akhir pada 17 April 2017, yang mengorban lebih 74 nyawa dan mencedera beratus mangsa.

Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *