Bantuan Kecemasan Arsal: Fasa 3: Agihan Diesel Kem Turad & Nasif

Bantuan Kecemasan Arsal (Fasa 3)

4 Mac 2019
Agihan Diesel di Kem Turad & Nasif : 11 keluarga

Petugas Syria Care di Arsal, Lubnan masih meneruskan lagi agihan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di sana yang sangat memerlukan.

Agihan dalam bentuk kupon yang mana mereka dapat menebusnya dengan 60 liter diesel bagi setiap keluarga. Diesel itulah yang akan menghidupkan alat pemanas sekaligus dapat menghangatkan tubuh badan mereka.

Bantuan ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Bantuan Kecemasan Arsal yang dibuka pada Januari 2019. Sehingga kini bantuan masih lagi diagihkan kerana musim sejuk belum berakhir.

Agihan pada 4 Mac 2019 ini telah dilaksanakan di beberapa kawasan penempatan pelarian termasuklah:
1. Kem Sulayman Ezudin : 16 keluarga
2. Kem Shumays al Tun : 11 keluarga
3. Kem Turad & Nasif : 11 keluarga
4. Kem Buro : 13 keluarga
5. Kem Kan’an : 42 keluarga
6. Kem Al Sabel : 17 keluarga
7. Kem Al Naseem : 63 keluarga
8. Kem Amal : 5 keluarga
9. Kem Al Nur : 80 keluarga
10. Kem Ibn Al Walid : 19 keluarga

Agihan kali ini dapat dimanfaatkan hampir 1,400 pelarian Syria di sana.

 

[huge_it_slider id=”606″]

 

Terima kasih kepada semua penyumbang!
Sumbangan anda sangat bermakna buat pelarian di Arsal.

www.syriacare.org.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *