indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 : Hari 5 : Kunjungan Hormat ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Turki.

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)

Hari 5 | 6 Mei 2019

Kunjungan Hormat ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Turki.

Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Turki yang terletak di Ankara.

Rombongan misi kali ini mendapat respon yang baik daripada pihak pejabat kedutaan di sana serta memberi layanan istimewa kepada para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0. Paling mengharukan apabila pihak kedutaan menyediakan tempat untuk berehat dan Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abdul Razak Abdul turut mempelawa rombongan untuk berbuka puasa bersama.

Para isteri pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat kedutaan telah menyediakan juadah iftar masakan Melayu yang dirindui oleh petugas misi kali ini.

Pihak Syria Care sangat berterima kasih atas hospitaliti yang diberikan oleh pihak Pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Turki.

_______

Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;

• Maybank: 562106653575

• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:

• https://www.syriacare.org.my/donate/

atau

• https://www.billplz.com/KRAK7

#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *