indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Travelog MKSC 9.0: Suami mati ketika anak 2 bulan dalam kandungan

Pada 7 Mei 2019,saya dan para petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 telah menghadhiri majlis agihan bantuan bulanan bagi tajaan anak-anak yatim di Al-Bab,Syria.

Majlis diadakan di dalam sebuah dewan yang kelihatannya digunakan untuk majlis perkahwinan. Di satu bahagian ada kerusi pengantin yang lusuh dan bunga-bungaan plastik yang berdebu menghiasi dinding.

Adat manusia dalam apa keadaan sekali pun ingin berpasangan. Dan bagi mana-mana pasangan tentu sekali mengharapkan perkahwinan mereka bahagia hingga ke anak cucu.

Namun tidak semua orang bernasib baik. Apatah lagi yang berada di negara yang bergolak seperti Syria. Maut sentiasa memburu mereka. Maka kebarangkalian seseorang itu kehilangan pasangan lebih tinggi.

Antara wanita yang sempat saya dan para petugas misi temui adalah wanita ini. Safa’ tiba bersama anak sulungnya Reemas 6 tahun dan anak bongsunya Abbas yang berusia 2 bulan. 

Apabila ditanya berkenaan suaminya, Safa’ berkata suaminya meninggal sewaktu kandungannya 2 bulan. Sejurus selepas itu dia dan 4 orang anaknya terpaksa pindah dan tinggal dalam khemah.

Ya Allah.. sayunya saya mendengar kisahnya… Dalam usia yang muda, anak-anaknya sudah terpaksa lalui kehidupan yang sukar dan masa hadapan mereka begitu samar-samar.

Saya kucup Abbas beberapa kali. Air mata terus mengalir tanpa dapat saya kawal. Sayu…

Safa’ berkata sumbangan yang dia perolehi untuk melalui projek tajaan anak-anak yatim Syria Care dapat meringankan bebanannya sedikit sebanyak. Namun 3 orang anaknya yang lain masih belum menerima sebarang bantuan. 

Dalam nada perlahan dianberbisik kepada saya andai dapat anak-anaknya yang lain menerima tajaan juga. Saya tak suka tabur janji-janji manis. Jadi saya katakan kami akan berusaha mencari penaja untuk anak-anaknya. Safa’ menarik nafas lega walaupun masih tiada kepastian. 

Kami keluar dari dewan tersebut dengan berbagai rasa dan berbagai perkara dalam fikiran. Terlalu ramai anak-anak yang teraniaya akibat peperangan 8 tahun ini. Terlalu lama dunia menyepi akan malapetaka yang menimpa mereka. Mereka manusia sama seperti kita,hanya ingin hidup dengan aman.

Semoga satu hari ianya akan menjadi kenyataan.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki,
Ketua Misi Kemanusiaa Syria Care 9.0
Qabbasin Al-Bab, pinggir utara Syria.
7 Mei 2019

#travelogmisi
#misikemanusiaansyriacare9

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *