Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 : Hari 8 : Ziarah Abu Mahmud

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)

Hari 8 | 9 Mei 2019

Kilis : Ziarah Keluarga Pelarian – Abu Mahmud

Abu Mahmud dan keluarga kini menetap di Kilis, Turki setelah melarikan diri dari negara mereka yang sedang bergolak, Syria. Tiga daripada anaknya syahid manakala seorang lagi hilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini.

Lima anak perempuannya sudah mempunyai keluarga masing-masing. 

Menceritakan tentang anaknya yang hilang tersebut, Abu Mahmud berkata anaknya telah datang ke Turki selama dua tahun sebelum Abu Mahmud sendiri datang ke sini. Kemudian, anaknya masuk semula ke dalam Syria dan terus hilang tanpa khabar berita.

Kini, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga 7 cucu daripada anaknya yang hilang tersebut yang kini semuanya adalah anak yatim dari 12 tahun sehingga 5 tahun.

Untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga di negara jiran, keluarga ini menerima sumbangan sebanyak TL600 dari badan kebajikan yang lain.

Dia perlu membayar sewa rumah sebanyak TL350 dan bil elektrik sebanyak TL150.

Pada akhir pertemuan, Syria Care menyerahkan sumbangan tunai kepada Abu Mahmud agar dapat membantu sedikit kehidupan mereka.

_________

Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;

• Maybank: 562106653575

• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:

• https://www.syriacare.org.my/donate/ atau

• https://www.billplz.com/KRAK7

#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *