Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 : Hari 11 : Ziarah Amer Basam

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)
Hari 11 | 12 Mei 2019

Ziarah Amer Basam

Pasti anda masih ingat Adik Amer Basam yang melalui pembedahan pemindahan kornea matanya di Arsal, Lubnan, bukan?

Alhamdulillah, petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 berpeluang untuk bertemu sendiri dengan Adik Amer dan melihat keadaan Amer selepas pembedahan kornea mata yang telah dilakukan.

Pembedahannya berjaya dilakukan hasil sumbangan orang ramai melalui Syria Care.

Amer dan bapanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu bagi membolehkan dia melakukan pembedahan.

Untuk makluman semua, Amer berpeluang untuk pergi ke sekolah. Namun, apabila ditanya tentang cita-citanya dia ingin membuka kedai dan berniaga apabila sudah dewasa kelak.


Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:
• https://www.syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *