Aqiqah4Syria: Aqiqah Ramadan 2019: Ayden Bin Amir Izzuddin

Aqiqah Untuk Syria : Istimewa Ramadan 1440H

📍 Aqiqah : Ayden Bin Amir Izzuddin
• Bilangan : Seekor kambing
• Tempat : Kem Zamzam, Atma, Syria

• Penerima: Pelarian dalam negara di kawasan Atma, Syria dari Hama dan Idlib.

Alhamdulillah.
Aqiqah Untuk Syria : Istimewa Ramadan 1440H untuk kumpulan kedua telah selamat dilaksanakan pada 15 Ramadan 1440H.

Ibadah aqiqah untuk adik Ayden telah berjaya disempurnakan oleh rakan kerjasama Syria Care di sana, NGO Sham Sherif.

Aqiqah kumpulan kedua ini dilaksanakan bersama 6 nama untuk aqiqah dan satu nama untuk nazar.

Agihan kali ini memberi makan 1,092 pelarian di sana melalui agihan pizza daging buatan tangan para petugas di sana.

Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa anak ini kerana memberi kepercayaan kepada Syria Care untuk menguruskannya sekaligus membahagiakan saudara kita di Syria dengan agihan daging kali ini.

Semoga Allah menerima aqiqah ini sebagai ibadah yang sempurna.

Untuk Aqiqah khas pada Ramadan tahun ini, harga bagi seekor kambing adalah RM945.

Sekiranya anda berminat untuk laksanakan aqiqah anak anda di Syria, boleh hubungi Syria Care di talian 011 2880 9820.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *