indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Gencatan senjata sekadar “iklan”

“Dia di sini, tolonglah kami kerana Allah,” tangis dan rayu si abang kepada sukarelawan White Helmets sebaik kumpulan itu tiba untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam serangan udara di Maarat al Nu’man, Idlib.

Dia bersama seorang lagi adiknya, hanya mampu meraung sekuat hati kerana dengan kudrat kanak-kanak, mereka berdua tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengangkat runtuhan dinding rumah yang menimbus, Khaled al Bakour.

Detik-detik cemas usaha menyelamatkan kanak-kanak ini dimuat naik dan dikongsi di laman Youtube. https://www.youtube.com/watch?time_continue=17&v=cQtgrtD-KdQ&has_verified=1

Selepas berhempas pulas, mangsa berjaya dibawa keluar dan diberikan rawatan. Umurnya masih panjang.

Namun serangan pada Jun lalu mengubah sama sekali nasib dan fizikal kanak-kanak berkenaan.

Khaled yang riang dan ceria sebelum ini tidak lagi sama.

Empat tahun lalu, ketika dilahirkan, dia sempurna sifat dan kejadian, namun pengeboman yang dilakukan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia telah menjadikan dirinya seorang yang cacat.

Khaled yang beransur pulih menempuh hari-hari mendatang sebagai orang kurang upaya (OKU).

Menurut Middle East Eye, selain kudung jari, kaki kirinya juga patah dan di bahagian tertentu terpaksa ditampal plaster kerana kulitnya tersiat.

Apa yang menimpanya hanya secebis kisah penduduk di Idlib, yang sepanjang saat diburu pesawat dan bom tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia.

Selepas tiga bulan menyerang tanpa henti, Damsyik mengumumkan gencatan senjata bermula malam tadi (1 Ogos 2019).

Ia sesuatu yang sukar dipercayai kerana ia hanya bersifat sebelah pihak. Siang-siang lagi, Ketua Biro Politik Tentera Syria, Mejar Jeneral Hasan Hasan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah di akhbar pro kerajaan, Al Watan.

“Usaha tentera untuk menyingkir keganasan di utara sedang diteruskan,” katanya seperti yang dilapor Reuters.

Apakah dakwaan pengumuman gencatan senjata itu hanya sekadar “iklan” dalam siri sandiwara pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam di utara negara itu?.

Masa yang akan menentukan…/Foto Youtube

Razali Awang
Media Syria Care
the military path

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *