❄ Bantuan Musim Sejuk 7.0 (2019) ❄

Musim sejuk bakal tiba lagi di Syria. Suka ataupun tidak, mereka yang berada di sana dan sekitarnya wajib tempuhinya.

Kami sangat berharap agar tiada kematian yang dicatatkan akibat kesejukan yang melampau seperti tahun-tahun lalu. Pilunya hati bila mengenangkan hal itu terjadi. Allahu Akbar..

Apatah lagi, penghijrahan besar-besaran penduduk Idlib baru-baru ini menambahkan lagi jumlah pelarian dalam negara di Syria😭

Atas dasar itu, Syria Care mengambil langkah awal untuk mengumpul dana dan menghantar bantuan sebelum tibanya musim dingin tersebut.

RM2.53juta disasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 55,000 pelarian Syria. Lebih banyak sumbangan terkumpul, lebih ramai yang bakal mendapat manfaat daripadanya.

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk membantu dan meringankan sedikit bebanan mereka.

Antara barangan yang bakal dibeli menggunakan dana tersebut adalah:
🧥 Pakaian
📦 Pek Makanan
🧣 Selimut tebal
🔥 Alat Pemanas
🎪 Khemah

Agihan bantuan akan dilakukan di beberapa lokasi:
Syria: Al Dana, Atma, Afrin, Al Bab, Telmennes, Maari’.
Lubnan: Arsal, Tripoli

❄❄❄❄❄

Akaun bank Syria Care:
▪ Maybank Islamic: 562106653575
▪ CIMB Islamic: 8601894560
▪ RHB Bank: 26225000021775
▪ Affin Islamic Bank: 105990040004
▪ Bank Mualamat: 12020003634715

Ref: WINTER

Sumbangan atas talian:
▪ https://www.syriacare.org.my/donate/

Hantarkan slip transaksi kepada Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820 untuk direkodkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *