Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib : Hari Kesembilan

Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib

Hari Kesembilan

Alhamdulillah. Agihan bantuan makanan untuk pelarian Idlib bagi hari kesembilan telah berjaya dilaksanakan.

🍕 Pek Makanan: 754 pek
🍕 Makanan: Nasi, ayam, sayur, kacang, yogurt dan roti.

Seramai 3,016 pelarian di Killi mendapat manfaat daripada agihan hari kesembilan ini.

Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.

Bantuan makanan akan diagihkan secara berperingkat.

Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.

#syriacaremedia #syriacareforhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *