Serahan sumbangan sebagai hadiah persaraan

Serahan sumbangan buat insan istimewa

Hari ini, Khamis (3 Oktober 2019) Pejabat Syria Care dikunjungi oleh tiga orang kakitangan UiTM dari Negeri Sembilan iaitu:

  1. Nur Zahira Samsu Zaman @ Taufiq
  2. Ainul Fadzilah Harun
  3. Mohammad Khair Seni

Mereka menyerahkan sumbangan yang terkumpul daripada 10 orang sebanyak RM500 untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Syria Care. Lebih istimewa, sumbangan ini disumbangkan atas nama Pn Azida Azmi sebagai hadiah persaraan beliau.

SubhanAllah. Kisah yang menarik disebalik sumbangan ini. Semoga Allah berkati usaha murni mereka dan selamat bersara Pn. Azida!

#syriacareforhumanity #syriacaremedia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *