Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 l Ziarah Sheikh Yusuf Qardawi.

“Aku doakan taufik dalam kerja-kerja kamu dan kejayaan dalam misi yang dilaksanakan.

“Pada diri kamu, negara kamu dan negara sekeliling kamu.

“Dan bawalah risalah Islamiyah untuk semua orang seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W”. Kata-kata itu sebahagian dari doa yang dilafazkan oleh Syeikhul Islam, Dr. Yusof al Qaradawi ketika menerima kunjungan Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki dan anggota misi kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk 7.0 di kediamannya di Doha, Qatar.

Ungkapan dari tokoh yang kini mencecah usia 93 tahun, begitu besar makna kepada kami dan mereka yang menyokong usaha yang dilakukan Syria Care selama ini.

Semoga Allah terus memberkati usaha ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *