Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 |’Free market’

Para petugas misi berada di ‘free market’ yang dijalankan di Al Bab, Syria pada 22 November 2019.

‘Free market’ ini menempatkan pakaian-pakaian musim sejuk yang telah dikumpulkan melalui kempen Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk #warmtheirwinter yang dijalankan Ogos lalu.

Alhamdulillah, atas usaha dan sumbangan semua rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya 2,500 keluarga telah mendapat manfaat daripada usaha ini. Sebanyak 10 helai baju sejuk diperuntukkan untuk setiap keluarga dan mereka bebas memilih mana-mana baju sejuk yang mereka inginkan. Pakaian-pakaian ini juga telah disusun rapi dan dikategorikan mengikut jantina untuk memudahkan proses pemilihan.

Agihan ini juga akan terus berjalan selama 10 hari. Semoga Allah terus memberkati usaha ini.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Kongsi Artikel Ini