indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Kami bergambar buat kali terakhir sebelum kami keluar dari Syria

Kami bergambar buat kali terakhir sebelum kami keluar dari Syria buat kali kedua dan terakhir untuk misi kali ini.


Kali pertama adalah dari pintu Al-Raie dan kali ini melalui Babul Hawa.
Perasaan begitu bercampur baur pada ketika itu. Yang pasti mesti ada rasa gembira kerana bakal berjumpa keluarga.

Namun terasa sedih meninggalkan bumi barakah Sham. Sayu berpisah dengan sahabat-sahabat yang begitu menjaga kebajikan kami di sana. Segala keperluan kami dilunaskan tanpa ada sebarang kekurangan. Ukhuwwah yang begitu membekas di hati walaupun kami tidak pernah bersua muka sebelum ini. Perit mengenangkan apa yang sempat dilihat akan kesusahan yang terpaksa dilalui para pelarian.

Percayalah ia bukan sesuatu yang mudah melihat kesengsaraan orang lain di depan mata. Ada yang boleh dibantu Alhamdulillah. Yang tak dapat dibantu kita terpaksa keraskan hati untuk melepaskan. Wallahi ianya tidak mudah.

Namun kaki tetap harus melangkah. Keberadaan kami di bumi barakah sebagai penyambung dan membantu tangan-tangan yang memberi tamat untuk kali ini. Walaupun misi kali ini tamat namun kerja-kerja kemanusiaan ini jauh dari tamat. Kami akan terus melangkah.

Berkat sokongan awak semua kita mampu meninggalkan impak besar untuk masa depan mereka,ummah dan seterusnya menjadi asbab ke Syurga andai kita benar-benar ikhlas.

Ameen.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 11
Atma, utara Idlib Syria
29 November 2019

#travelog
#misikemanusiaansyriacare11
#bantuanmusimsejuk7

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *