Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 | Agihan khemah di Sarmada

Pada hari kesembilan misi kemanusiaan, para petugas meneruskan pengagihan Bantuan Musim Sejuk 7.0 di kawasan Sarmada, Idlib. Kali ini, khemah-khemah telah didirikan untuk menempatkan pelarian-pelarian baru ke kawasan ini. Sebelum ini, mereka hanya menumpang di rumah-rumah saudara-mara mereka.

Sebanyak 50 khemah telah didirikan bagi menempatkan keluarga-keluarga pelarian ini. Alhamdulillah, khemah-khemah yang didirikan berada dalam keadaan yang sangat baik. Di dalam khemah-khemah ini juga terdapat alat penebat untuk melindungi penghuninya daripada cuaca sejuk.

Semoga dengan terdirinya khemah-khemah ini, pelarian-pelarian baru di kawasan tersebut dapat mengharungi cuaca sejuk yang akan datang dengan lebih selesa.

#syriacaremedia #misikemanusiaansyriacare11 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity #inibukankerjamainmain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *